suria

Bush Enggan Sertai Obama Lawat Zero Ground

WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menolak jemputan untuk menyertai penggantinya Barack Obama membuat lawatan ke kawasan Ground Zero di New York, demikian menurut sumber rasmi.

Obama dijadualkan melawat Ground Zero iaitu nama yang diberi kepada kawasan tapak runtuhan banggunan World Trade Centre Khamis ini, beberapa hari selepas Osama bin Laden dibunuh oleh pasukan elit khas AS di Pakistan.

"Bush tidak akan menghadirkan diri pada khamis ini. Beliau menghargai jemputan itu tetapi telah membuat keputusan untuk tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan kepimpinan sekrang" jelas jurucakap, David Sherzer.

"Beliau tetap akan bersama rakyat AS menyambut kejayaan menentang keganasan ini," tambah David.

Seorang jurucakap rasmi Rumah Putih dipetik berkata Presiden Obama akan berjumpa dengan ahli keluarga mangsa yang terkorban di dalam peristiwa 9/11 itu dalam waktu yang belum ditetapkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain