suria

Abhisit Berkeras Bubar Parlimen Minggu Ini

BANGKOK: Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkeras agar Parlimen dibubarkan minggu ini untuk mengadakan pilihan raya umum sungguhpun perkara-perkara perundangan berkaitan pilihan raya belum selesai diproses.

Katanya beliau tidak akan menukar fikiran kerana telah mengambil pertimbangan dalam semua faktor termasuk perkara-perkara perundangan.

Mahkamah Perlembagaan dijangka memberikan keputusannya pada Isnin depan sama ada tiga pilihan raya berkaitan undang-undnag organik yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini telah memenuhi pindaan Perlembagaan pada Mac.

Ramai termasuk Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban memikirkan bahawa pembubaran Parlimen mungkin diadakan pada minggu depan dan bukan minggu ini seperti yang dirancang.

Tiga undang-undang organik berkaitan pemilihan anggota Parlimen, senator, parti politik dan Suruhanjaya Pilihan raya.

Pindaan terhadap tiga undang-undang organik dibuat berikutan pindaan pada Seksyen 93 hingga 98 Perlembagaan yang diluluskan Parlimen pada Mac.

Di bawah pindaan Perlembagaan, Dewan Perwakilan baru yang mengandungi 375 kawasan pilihan raya Parlimen tunggal dan 125 senarai anggota parti Parlimen berbanding dengan masing-masing 400 anggota Parlimen dan 100 senarai anggota parti Parlimen sebelum pindaan dibuat.

Tempoh pemerintahan kerajaan sekarang akan tamat pada Disember tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain