suria

Sorakan U-S-A Di Rumah Putih

WASHINGTON: Selepas berita kematian Osama bin Laden tersebar, sebilangan besar penduduk Amerika Syarikat (AS) berkumpul di luar Rumah Putih, di sini sambil melaungkan perkataan ‘USA’ dan mengibarkan bendera negara mereka.

Perhimpuan tersebut memenuhi jalan utama sehingga ke Taman Lafayette.

Sebilangan penduduk menunggang basikal dan membawa anjing peliharaan mereka serta merakamkan gambar di kawasan tersebut.

Seorang pembantu perundangan, Will Ditto berkata, dia sedang bersiap untuk tidur di rumahnya yang terletak di Capitoll Hill apabila ibunya memberitahu berita kematian Osama.

Dia menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang ‘peristiwa yang amat besar’.

Penuntut berusia 20 tahun di Universiti George Washington, Alex Washofsky turut menyertai perhimpunan itu walaupun akan menduduki peperiksaan akhir pada Isnin.

Dia berkata, bekas Presiden George W Bush pernah memberitahu AS akan menangkap Osama sama ada hidup atau mati dan ‘kita berjaya’. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain