suria

Reaksi Bush Terhadap Kematian Osama Bin Laden

DALLAS: Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberitahu, beliau mengucapkan tahniah kepada Presiden Barrack Obama selepas mendengar berita kematian Osama Bin Laden.

Dalam kenyataannya pada malam Ahad, Bush berkata, Obama telah menghubunginya untuk memaklumkan bahawa pasukan tentera AS telah membunuh Osama.

Bush berkata:”Ini adalah pencapaian yang menandakan kemenangan buat AS, buat semua yang mencari keamanan di serata dunia dan buat semua yang kehilangan orang tersayang pada 11 September 2001.”

Beliau juga berkata, AS telah menghantar mesej yang jelas, iaitu ‘tidak kira berapa lama masa yang diperlukan, keadilan akan tetap berlaku.” -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain