suria

Mexico, Mesir Tidak Lagi Miliki Kebebasan Akhbar

WASHINGTON: Mexico tidak boleh lagi dianggap mempunyai kebebasan akhbar ekoran ancaman dan keganasan yang melibatkan pengedaran dadah, namun penurunan kebebasan akhbar selama lapan tahun telah membuatkan ia sama rata sejak tahun 2010, lapor sebuah kumpulan bebas.

Berdasarkan akauan tahunan kebebasan akhbar, Freedom House berkata, Timur Tengah dan Afrika Utara juga menunjukkan penurunan dramatik pada tahun 2010.

Penilaian tersebut yang melibatkan kajian di 196 negara dan wilayah dikeluarkan pada Isnin.

Antara laporannya, Mesir dikategorikan sebagai ‘tidak bebas’ sementara negara-negara seperti Libya, Arab Saudi, Syria dan Tunisia kekal sebagai negara terburuk dalam kebebasan akhbar.

Mexico yang tersenarai sebagai negara yang ‘tidak bebas’ disifatkan sebagai sesuatu yang mengejutkan dan dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Serangan terhadap wartawan, sekatan yang dibuat oleh wartawan dan peningkatan tahap ketakutan antara faktor yang menyumbang ke arah penurunan kebebasan akhbar di negara tersebut.

Di seluruh dunia, hanya satu daripada enam individu tinggal negara yang mempunyai kebebasan akhbar.

Selain Mesir dan Mexico, penurunan secara signifikan juga dapat dilihat berlaku di negara-negara Honduras, Hungary, Korea Selatan, Thailand, Turki dan Ukraine.

10 negara yang terburuk pula ialah Belarus, Myanmar, Cuba, Equatorial Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.

“Di negara itu, media bebas sama ada tidak wujud ataupun hampir tidak mampu untuk beroperasi,” petik laporan tersebut. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain