Tiga Bulan Kawal Kebocoran Radiasi, 6-9 Bulan Kawal Tahap Radiasi - Dunia | mStar

Tiga Bulan Kawal Kebocoran Radiasi, 6-9 Bulan Kawal Tahap Radiasi

TOKYO: Pengendali loji nuklear Fukushima , Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berkata pada Ahad bahawa ia menjangka memerlukan tempoh tiga bulan untuk mengawal kebocoran radiasi manakala enam hingga sembilan bulan untuk mengawal tahap radiasi.

TEPCO dalam satu kenyataan memberitahu, fokus permulaan adalah menghindari letupan hidrogen daripada berlaku di reaktor satu, dua dan tiga dengan menyuntik masuk nitrogen.

Selain itu, kenyataan itu berkata, ia turut cuba menghalang penyaluran air tercemar dengan bahan radioaktif ke alam sekitar. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mahkamah Bubarkan Parti Hosni Mubarak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain