suria

Tiga Terbunuh Dalam Serangan Di Narathiwat

BANGKOK: Sepasang suami isteri dan seorang jirannya terbunuh apabila lelaki militan melepaskan tembakan menggunakan rifel M-16 di daerah Ruesor, Narathiwat malam Rabu.

Jurucakap polis Ruesor Kapt Pairat Kiertcharoensiri berkata mangsa dikenali sebagai Masarapi Kuno, 33, isterinya Noreeya Masaeming, 40, dan jiran wanita mereka Deeya Jeh-a-sae, 40.

Ketika kejadian itu, mereka sedang menonton televisyen di rumah Masarapi apabila 10 militan itu melepaskan tembakan tersebut dan percikan peluru pada pukul 8.30 malam, kata beliau.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak pihak pemisah memulakan semula serangan bersenjatanya untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah selatan itu, Narathiwat, Pattani dan Yala tujuh tahun lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain