suria

Budak Umur 15 Tahun Saman Kerajaan Negeri Australia Kerana Buta Huruf

SYDNEY: Seorang budak berusia 15 tahun telah memfailkan saman ke atas kerajaan kerana membiarkan dia berterusan buta huruf dan buta angka walaupun ke sekolah setiap hari.

Jabatan Pendidikan Wilayah Victoria mengesahkan bahawa mereka akan mencabar kes yang dibawa oleh murid lelaki tahun 10 itu yang bersekolah di Melbourne.

Para peguam bagi kanak-kanak itu dilaporkan memberitahu Mahkamah Persekutuan, bahawa masa depan anak guam mereka berada di dalam kegelapan akibat kegagalan membaca dan mengira walaupun telah menghadiri sekolah kerajaan.

Mereka berhujah, keadaan dan situasi anak guam mereka tidak mencerminkan langsung janji-janji kerajaan negeri bahawa mereka akan memberikan pendidikan bertaraf dunia kepada para pelajar sedangkan pelajar lelaki itu sentiasa menjadi mangsa buli di sekolah dan lebih teruk dari itu gagal membaca dan mengira.

Budak lelaki itu dikatakan hanya mempunyai kebolehan membaca untuk budak yang berusia enam tahun apabila dia diterima masuk ke tahun tujuh , iaitu tahun pertama untuk pengajian menengah pada tahun 2008, laporan ABC.

Artikel Berikut

Artikel Lain