suria

Ratusan Sertai Demonstrasi Di Maghribi

RABAT: Ratusan rakyat, kebanyakannya golongan muda menyertai perhimpunan prodemokrasi di depan parlimen Maghribi, semalam menuntut pembaharuan dilakukan terhadap pentadbiran undang-undang dan politik perkauman.

Penunjuk perasaan yang dicetuskan menerusi rangkaian media sosial Facebook, disokong oleh aktivis hak asasi berkumpul di tengah Rabat sebelum berara ke bangunan Parlimen.

Mereka berkumpulan di Parlimen hanya beberapa minit sambil jari menunjukkan isyarat "V" atau kemenangan sebelum bersurai.

Tunjuk perasaan secara awam juga diadakan di bandar terbesar, Casablanca dengan ratusan orang ramai mengambil bahagian.

Tunjuk perasaan sama juga tercetus di bandar pelabuhan di utara, Tangiers. -AFP

Artikel Lain