suria

Tukang Tilik Kalah Kes Tuntut Harta Wanita Terkaya HK

HONG KONG: Mahkamah Rayuan di sini menolak permohonan seorang tukang tilik yang menuntut harta peninggalan bekas kekasihnya iaitu wanita terkaya Hong Kong dan Asia, mendiang Nina Wang bernilai AS$13 bilion.

Nina Wang adalah hartawan hartanah Hong Kong yang terkemuka telah meninggal dunia akibat kanser pada April 2007 pada usia 69 tahun.

Kematiannya telah menyebabkan berlakunya perebutan harta peninggalan di antara keluarga wanita terkaya itu dengan kakasihnya seorang guru feng shui bernama Tony Chan.

Chan, 51, mendakwa, Wang telah meninggalkan wasiat kepadanya untuk mengurus dan mewarisi empayar hartanahnya yang berjumlah berbilion dolar itu.

Malangnya, mahkamah mendapati kandungan wasiat itu adalah palsu dan menolak permohonannya untuk mengurus dan mewarisi harta Wang.

Abang kepada Nina berkata, mereka anak berada berasa gembira dengan keputusan mahkamah itu, petik stesen radio RTHK.

Chan menarik perhatian dan minat media kerana latar belakangnya yang gemar menjadi guru feng shui kepada golongan kaya termasuklah Nina Wang.

Bekas suami Nina Wang, Teddy, yang merupakan pengasas Kumpulan Hartanah Chinachem, telah diculik pada tahun 1990 dan sejak itu mayatnya tidak pernah ditemui. Pada 1999 beliau secara rasminya diisytiharkan 'mati' oleh mahkamah.

'Kematian' Teddy telah menyaksikan perebutan harta di antara Wang dengan keluarga mertuanya.

Beliau bagaimanapun disahkan oleh mahkamah sebagai pewaris tunggal empayar Chinachem - hanya dua tahun sebelum kematiannya pada tahun 2007.

Artikel Berikut

Artikel Lain