suria

Bekalan Minyak Dunia Stabil Walaupun Berlaku Kekacauan Di Timur Tengah

ABU DHABI: Menteri Tenaga United Arab Emirates (UAE) berkata, pasaran dan bekalan minyak dunia adalah stabil dan mencukupi walaupun berlaku kekacauan politik di beberapa buah negara di Timur Tengah.

"Yang kita tidak dapat tentukan ialah harga minyak yang akan berubah berdasarkan perkembangan semasa dunia tetapi dari sudut bekalan ia tidak ada masalah sama sekali," ujarnya Mohamed Dhaen al-Hamli kepada para wartawan di forum minyak dunia di sini.

UAE adalah salah buah negara pengeluar minyak mentah utama dunia dan merupakan salah satu anggota utama OPEC.

Menurut Hamli, negaranya sendiri buat masa sekarang mengeluarkan antara 2 juta hingga 2.23 juta tong minyak mentah sehari dan memiliki kapasiti untuk menghasilkan sehingga 2.8 juta tong minyak sehari.

Harga minyak di rantau Asia telah mencecah AS$101 setong dalam pasaran Isnin, ekoran pergolakan di Mesir.

Artikel Berikut

Artikel Lain