suria

Presiden Kazakhstan Isytihar Tanding Semula

ASTANA: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev secara rasminya mengisytiharkan bahawa beliau akan bertanding mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 3 April depan.

Nazarbayev pada mulanya cuba memujuk parlimen supaya memanjangkan tempoh perkhidmatan presiden tetapi usul tersebut ditolak.

Kegagalan tersebut telah mendorongnya untuk mengumumkan pilihan raya awal bagi membolehkannya terus berpegang kepada kuasa untuk tempoh lima tahun lagi.

Pemimpin berusia 70 tahun itu sudahpun memerintah bekas republik Soviet tersebut selama lebih 25 tahun dan jika beliau dipilih semula ini akan membawa pemerintahannya memasuki dekad yang ketiga.

Jika beliau terus diberi mandat baru, Nursultan akan mencatat sejarah sebagai presiden paling lama berkhidmat di Asia Tengah.

Kempen pilihan raya presiden itu akan bermula pada 3 Mac dan berakhir 1 April.

Artikel Lain