suria

Renault Akhirnya Buat Untung

BOULOGNE-BILLANCOURT (Perancis): Pembuat kereta jenama Perancis, Renault akhirnya mengumumkan bahawa mereka telah mencatatkan keuntungan sebanyak Euro 3.42 bilion pada tahun 2010 berbanding kerugian berjumlah Euro 3.12 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Khamis, Renault berkata, mereka melihat tahun 2011 akan turut memberi prospek yang memberansangkan.

"Prestasi Renault lebih tinggi daripada yang dijangkakan dan ini memberi peransang kepada kami untuk melancarkan pelan strategik baru,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carlos Ghosn.

Mereka kini mensasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya lebih tiga juta kenderaan menjelang tahun 2013.

Dan strategi utama Renault adalah untuk menjual lebih banyak kereta elektrik menerusi tiga model yang dijangka akan dilancarkan tahun ini iaitu Fluence, Kangoo dan Twizy. Model kereta elektriknya yang keempat yang akan dinamakan ZOE, bakal dilancarkan pada tahun 2012.

Renault berjaya menjual 2.6 juta kenderaan jenamanya dari semual model sepanjang tahun 2010 dan pendapatan meningkat kepada lebih 15 peratus atau Euro 38.9 juta.

Keuntungan operasinya pula mencatatkan Euro 1.09 bilion berbanding kerugian operasi berjumlah Euro396 juta pada tahun 2009.

Dua tahun lalu, Renault dilanda krisis yang besar yang menyaksikannya terpaksa memecat beribu pekerja.

Dan keutamaan Renault kini ialah untuk melebarkan sayapnya ke dua pasaran baru yang sedang berkembang iaitu Brazil dan Rusia. Mereka juga sedang mensasarkan India yang bakal menyaksikan dua model baru diperkenalkan di negara berkenaan iaitu Koleos dan Fluence, tahun ini.

Bagaimanapun Ghosn berkata, mereka tidak berhasrat untuk memasuki pasaran China sehingga tahun 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain