Syarikat Penerbangan Mandala Di Indonesia Hentikan Operasi - Dunia | mStar

Syarikat Penerbangan Mandala Di Indonesia Hentikan Operasi

JAKARTA: Syarikat penerbangan Mandala menghentikan operasi secara tiba-tiba untuk satu tempoh yang belum ditentukan berikutan masalah kewangan dan langkah itu sekaligus mengundang kemarahan para penumpang yang terkandas di lapangan terbang beberapa bandar utama di republik ini.

Sebahagian daripada penumpangnya yang tiba di lapangan terbang terbabit pagi Khamis diusahakan untuk menaiki pesawat syarikat penerbangan lain, namun ada juga yang dijanjikan wang tambang dikembalikan pada suatu tarikh lain.

Stesen televisyen menyiarkan keluhan para penumpang yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah akibat pemberhentian operasi syarikat itu.

Sejak pagi lagi mereka telah berada di beberapa pejabat Mandala di Jakarta untuk menuntut penggantian tiket dengan wang tunai, namun syarikat itu belum dapat memenuhi tuntutan mereka.

Media tempatan melaporkan pemberhentian operasi Mandala yang mengejutkan banyak pihak kerana ia merupakan syarikat penerbangan yang dianggap sangat baik layanannya dan menjadi salah satu daripada dua syarikat yang mempunyai sijil keselamatan IATA atau IATA Operating Safety Audit (IOSA) selain Garuda Indonesia.

Mandala, yang ditubuhkan pada 1969 sebagai syarikat penerbangan milik tentera Indonesia, kini dimiliki Cardig International (Indonesia) dan Indigo Partner (Eropah).

Ia dikenali sebagai syarikat penerbangan yang cukup baik dengan pesawat Airbus A319 dan A320 dan melayani 25 laluan penerbangan domestik, manakala perkhidmatan penerbangan antarabangsanya telah dihentikan terlebih dahulu.

Pada awal 2010, ia beroperasi dengan 11 pesawat Airbus, namun, pada pertengahan tahun lalu empat buah ditarik balik oleh syarikat yang menyewakannya (lessor) di Eropah dan pada suku ketiga tahun sama dua lagi pesawatnya ditarik.

Pada awal 2011 Mandala hanya beroperasi dengan lima pesawat.

"Syarikat penerbangan Mandala akan menghentikan layanan sementara sejak Khamis, 13 Januari 2011. Langkah ini diambil agar kami dapat memberi tumpuan kepada upaya pengstrukturan semula bagi menyelamatkan syarikat ini," kata Direktur Utama Mandala Diono Nurjadin di pejabat syarikat itu malam Rabu.

Diono berkata masalah utama Mandala adalah ketiadaan pesawat.

"Sebelumnya Mandala memiliki 11 pesawat, kemudian enam pesawat ditarik lessor. Mulai hari ini yang lima (pesawat) dikembalikan ke lessor," katanya.

Soal pengembalian biaya tiket yang sudah dibeli penumpang, Diono mengatakan, pihak Mandala akan melaksanakannya sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya petugas syarikat itu tidak akan diberhentikan dan buat sementara waktu Mandala akan bekerjasama meminjamkan juruterbang mereka kepada syarikat penerbangan lain.

Menteri Perhubungan Freddy Numberi berkata kerajaan masih meneliti masalah yang dihadapi Mandala selain memastikan laluan untuk destinasi tertentu diisi oleh syarikat penerbangan lain. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain