Rakyat Malaysia Didakwa Di Sydney Atas Tuduhan Miliki Dadah Bernilai A$14.4 Juta - Dunia | mStar

Rakyat Malaysia Didakwa Di Sydney Atas Tuduhan Miliki Dadah Bernilai A$14.4 Juta

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia dihadapkan ke mahkamah di Sydney pada Rabu atas pertuduhan memiliki dadah sintetik "ice" bernilai A$14.4 juta dan mengendalikan urusan jual-beli dadah itu.

Kok Loong Wong, 35, dijadual hadir di mahkamah yang sama pada 16 Februari, menurut laporan Australian Associated Press.

Pemeriksaan rutin oleh polis persekutuan di rumah suspek di barat Sydney berjaya menemui 90kg "ice", rampasan ketujuh terbesar dadah dalam sejarah Australia.

Polis berkata nilai dadah itu di pasaran dianggarkan A$14.4 juta.

Wang tunai kira-kira A$500,000, dikatakan hasil daripada urusan jual-beli dadah itu turut dirampas dalam serbuan itu.

Pegawai Kanan Polis Persekutuan Australia, Komander David Stewart memberitahu pemberita, polis telah mengawasi Wong sudah agak lama dan polis tidak menyangka akan menemui dadah pada jumlah yang begitu besar.

Hasil pemeriksaan di dalam enam kotak telefon bimbit yang dibawa Wong, polis menemui kira-kira A$300,000 dan sejumlah kecil ice.

Selepas ditahan, Wong membawa polis ke apartmen dua biliknya di Blairmount, dekat Campbelltown dan dalam satu daripada bilik itu, polis mendakwa menemui 90kg ice yang diisi dalam empat beg dan wang tunai A$120,000.

Stewart berkata dadah itu kemungkinan diimport dan bakal dijual melalui rangkaian pengedaran dan percaya Wong "orang penting" dalam pengedaran itu.

Dokumen mahkamah menunjukkan Wong, yang mengakui dirinya sebagai pelajar hanya tiba di Australia pada Ogos. Menurut dokumen, dia tidak mempunyai kawan atau keluarga di Australia.

Semasa prosiding di mahkamah, Wong menggunakan jurubahasa Mandarin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Singapura Anjur Persidangan Biofuel Mac Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain