suria

Pendakwaan Sweedan Berhasrat Tahan Pengasas WikiLeaks Bagi Tuduhan Merogol

“Saya memohon Mahkamah Daerah untuk menahan Assange bagi ketidakhadirannya sebagai suspek rogol, pencabulan dan pelanggaran undang-undang,” kata Pengarah Bahagian Pendakwaan, Marianne Ny.

“Alasan bagi permohonan ini adalah kerana kita perlu menyoal siasat. Sehingga kini, kita tidak berjaya untuk berjumpanya bagi menghabiskan siasatan,” katanya.

Mahkamah Stockholm akan menetapkan pendengaran berhubung penahanan itu, yang mana media tempatan melaporkan akan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan waran antarabangsa bagi penahanan tersebut.

Waran penahanan itu dikeluarkan kali pertama pada 20 Ogos lalu, bagaimanapun ditarik semula.

Ny membuka semula siasatan mengenai dakwaan rogol melibatkan seorang warga Australia berusia 39 tahun pada 1 September, bagaimanapun tidak memohon lelaki itu ditahan dan membenarkan dia meninggalkan Sweedan.

Assange berkata, tuduhan tersebut merupakan satu ‘kempen kotor’ yang bertujuan melumpuhkan laman webnya, yang disekat ekoran pertelingkahan dengan Pentagon berhubung penyebaran dokumen rahsia Amerika Syarikat berkaitan peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain