suria

Lelaki Didakwa Atas Pembunuhan Bulan Madu

CAPE TOWN: Seorang lelaki didakwa pada Khamis, atas tuduhan menculik dan membunuh pasangan Sweeden yang sedang berbulan madu.

Bagaimanapun, kes lelaki itu hanya berlangsung dalam masa singkat disebabkan dia tidak mempunyai peguam.

Xolile Mngeni, 26, akan hadir semula di mahkamah pada 25 November ini.

Jurucakap bagi pihak pendakwaan kebangsaan, Mthunzi Mhaga berkata, lelaki tersebut akan diwakili oleh peguam dari biro bantuan.

Mngeni dan seorang lagi suspek yang masih bebas didakwa menculik Anni Dewani, 31, dan suaminya seorang warga Britain, Shrien Dewani di kawasan pinggir Cape Town pada Sabtu lalu.

Mereka membebaskan Shrien, 31, tetapi mayat isterinya dijumpai di kawasan kejiranan miskin di tenggara pusat Cape Town. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain