suria

Sembilan Lagi Mayat Nelayan Ditemui Di Pattani

BANGKOK: Sembilan lagi mayat nelayan ditemui di persisiran pantai di Kampung Datuk, daerah Yaring, Pattani, Jumaat, menjadikan jumlah korban nelayan tempatan meningkat ke 17.

Ketua Polis Yaring Kol Polis Kovit Rattanachot berkata mangsa lemas itu dipercayai nelayan tempatan yang hilang selepas bot mereka karam akibat dipukul ribut tropika di wilayah Pattani Ahad lalu.

Semalam, mayat lapan nelayan ditemui oleh penduduk kampung di tempat yang sama.

Kovit berkata jumlah sebenar bot nelayan yang karam dan jumlah nelayan yang hilang belum diketahui walaupun dipercayai lebih 10 buah bot hilang dalam kejadian ribut itu.

Identiti nelayan yang terkorban juga belum dikenal pasti, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Hat Yai Semakin Pulih

Artikel Lain