suria

Ibu Pukul Anak Sampai Mati Kerana Puisi

BEIJING: Seorang ibu yang telah memukul anak perempuannya yang berusia lima tahun sehingga mati kerana gagal menghafal puisi telah dijatuhkan hukuman berkelakuan baik oleh sebuah mahkamah daerah di wilayah Zhejiang.

Hukuman asal yang dikenakan ke atas Tan Hongying ialah penjara tiga tahun tetapi kemudiannya hukuman itu ditukar kepada hukuman berkelakuan baik selama lima tahun.

Menurut Beijing Morning News, pihak mahkamah tidak menyatakan sebab mengapa hukuman tersebut telah diringankan.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia pada Mac lalu selepas ibunya memukul beberapa kali di belakang kepalanya setiap kali dia gagal mengingati bait-baik puisi Dinasti Tang yang memerintah China dari tahun 618-907 Masihi.

Puisi Dinasti Tang adalah sebahagian daripada subjek yang diajar di sekolah untuk kanak-kanak.

Tan mengakui yang dia telah memukul bahagian belakang kepala anaknya itu setiap kali dia gagal untuk mengingati puisi yang sepatutnya dia hafal.

Anaknya disahkan meninggal dunia sehari selepas dipukul berulang kali di belakang kepala.

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Lemah Di Davao

Artikel Berikut

Artikel Lain