suria

UAE Dipilih Semula Ke Dalam Majlis ICAO

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dipilih semula ke dalam majlis 36 anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ini merupakan kali kedua UAE terpilih ke majlis itu. Kali pertama ialah semasa sesi sebelumnya yang diadakan pada tahun 2007.

Menteri Ekonomi dan Lembaga Penerbangan Awam Am UAE, Sultan Saeed Al Mansouri berkata ini akan menggalakkan lagi negara Teluk mengambil lebih inisiatif dan melaksanakan keselamatan penerbangan dan rancangan persekitaran seluruh dunia.

Al Mansouri, yang mengetuai delegasi UAE di sesi ke-37 perhimpunan agung ICAO di Montreal, Kanada, berkata negaranya merupakan yang pertama di rantau Timur Tengah dari segi saiz sektor penerbangan awam.

"Ia mempunyai infrastruktur canggih dengan lapan lapangan terbang moden di seluruh emiriah," katanya.

UAE menyertai 190 anggota ICAO pada tahun 1972. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain