Tandas Sukan Komanwel Bersepah Dengan Kondom Yang Telah Digunakan - Dunia | mStar

Tandas Sukan Komanwel Bersepah Dengan Kondom Yang Telah Digunakan

NEW DELHI: Sukan Komanwel ke-19 di sini kini menjadi tumpuan berita tetapi kali ini untuk sebab yang berbeza -- kondom.

Ribuan kondom yang telah digunakan telah menyebabkan longkang di perkampungan sukan tersumbat selepas para atlet membuangnya di dalam tandas mereka.

Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan petugas penyenggaraan yang geram dengan keadaan itu terpaksa memanggil tukang paip bagi membersihkan kondom yang melekit itu di tandas apabila para atlet mengadu bahawa tandas mereka tersumbat.

Mereka dapati kondom-kondom itu adalah penyebabnya.

Ketika diminta mengulas isu itu, ketua Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Mike Fennell menjawab " ini menunjukkan para atlet bertanggungjawab."

"Harap mereka (petugas) membersihkan tandas-tandas itu. Jika itu ceritanya, sudah tentu ia positif. Ia menunjukkan penggunaan kondom, para atlet kini semakin bertanggungjawab. Sebelum ini, banyak sangat kontroversi bagi mempromosikan seks yang selamat," kata Fennnell kepada media, Khamis.

Para penganjur telah memasang 200 mesin menjual kondom sekitar perkampungan sukan dan kira-kira 100,000 kondom akan diedar secara percuma kepada para atlet sepanjang temasya itu.

Dan jenama kondom percuma itu ialah "Play Safe". - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber