Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan PM - Dunia | mStar

Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan PM

SUBANG: Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, malam ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan Ke-14 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya esok.

Pesawat yang membawa baginda dan rombongan 11 pegawai tinggi kerajaan Brunei tiba kira-kira pukul 7.25 malam.

Baginda disambut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay.

Sejurus selepas mendarat, baginda Sultan Brunei memeriksa Barisan Kehormatan yang dianggotai 26 anggota Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi.

Sementara itu, kenyataan Kementerian Luar berkata semasa acara rundingan tahunan itu Najib dan Sultan Brunei akan mengadakan pertemuan empat mata untuk bertukar-tukar pandangan berhubung keadaan terkini hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan.

Kedua-dua pemimpin akan juga menzahirkan satu Kenyataan Bersama di akhir Rundingan Tahunan tersebut.

Acara Rundingan Tahunan merupakan platform tertinggi bagi kdua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara dua hala, serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama.

Menurut kenyataan itu lagi, acara Rundingan Tahunan ini adalah manifestasi komitmen kedua-dua pemimpin tertinggi negara untuk mengerat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Pada malam esok, Najib akan meraikan Sultan Brunei dalam satu majlis santapan malam.

Pada Rundingan Tahunan ke-13 di Bandar Seri Begawan Ogos tahun lepas, kedua-dua negara memperbaharui komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Mengenai Pertukaran Watikah berhubung isu pertindihan kawasan maritim dan sempadan darat yang ditandatangani pada 16 Mac 2008 pula, kedua-dua pemimpin pada Rundingan Tahunan ke-13 itu turut menyatakan komitmen ke arah melihat perkara-perkara dalam dokumen itu dilaksanakan dengan cepat. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain