suria

Korban Banjir di Perancis Kini 18 Orang

DRAGUIGNAN, Perancis: Jumlah kematian akibat banjir kilat yang melanda persisiran pantai Laut Mediterranean di Perancis meningkat kepada 18 orang dan sekurang-kurangnya 10 lagi hilang semalam, dalam kejadian banjir terburuk yang pernah melanda daerah itu sejak tahun 1827, kata para pegawai.

“Bandar Draguignan mengalami kesan paling buruk dengan ratusan buah kenderaan dihanyutkan air,” kata penduduk tempatan, Hugues Parant.

Lebih 1,000 orang didapati berlindung di sekolah-sekolah serta beberapa bangunan lain selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.

Kira-kira 100,000 buah rumah terputus bekalan elektrik dan lebih 450 orang anggota penyelamat terlibat dalam misi menyelamat mengguna helikopter.

Menteri dalam negeri, Brice Hortefeux berkata, kira-kira 10 orang masih hilang dan jumlah kematian dijangka akan terus meningkat. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Lain