Israel Setuju Kurangkan Sekatan Atas Gaza - Dunia | mStar

Israel Setuju Kurangkan Sekatan Atas Gaza

BAITULMUQADDIS: Kabinet Keselamatan Israel membuat keputusan mengurangkan sekatan ke atas tanah Gaza berikutan bantahan antarabangsa berhubung serangan ke atas flotila bantuan antarabangsa.

"(Ia) telah dipersetujui untuk meliberalkan sistem agar bantuan kemasyarakatan memasuki Gaza (dan) mengembangkan kemasukan bahan untuk projek rakyat di bawah seliaan antarabangsa," kata satu kenyataan rasmi, tanpa menjelaskan senarai produk terbabit.

Pengumuman itu dilakukan untuk menunjukkan bahawa Israel membenarkan organisasi asing seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengimport bahan pembinaan yang sebelum ini dilarang, kerana penting untuk pembangunan semula Gaza selepas perang Disember 2008 hingga Januari tahun lalu.

Kabinet keselamatannya, yang memulakan perbincangan semalam, menetapkan bahawa "prosedur keselamatan sedia ada untuk menghalang kemasukan senjata dan kelengkapan perang" akan diteruskan.

Pengumuman berkenaan tidak menyentuh hal menarik balik sekatan laut Israel ke atas enklaf, yang dioperasikan oleh Islam Hamas.

Israel terus menghadapi bantahan antarabangsa, agar mengurangkan atau menarik balik sekatan ke atas Gaza berikutan pembunuhan sembilan aktivis Turki pro-Palestin oleh komando Israel sewaktu memintas konvoi bantuan, 31 Mei lalu.

Pemimpin Israel mendakwa, anggota terbabit bertindak mempertahankan diri selepas dikepung aktivis berkenaan yang didakwa menyerang mereka, dan sekatan itu perlu untuk menghalang penyeludupan senjata kepada Hamas.

Israel menguat kuasakan sekatan itu selepas Hamas, yang menolak gesaan Barat agar mengenal pasti hak kewujudannya, memenangi pilihan raya legislatif Palestin pada 2006.

Sekatan pula diperketat apabila Hamas merampas kuasa di Gaza pada tahun berikutnya. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Korban Banjir di Perancis Kini 18 Orang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain