suria

7 Polis, 3 Remaja Terbunuh Serangan di Mexico

MONTERREY: Tujuh pegawai polis, seorang daripadanya sudah bersara dibawa lari dari rumah sebelum dibunuh dalam kejadian terbaru membabitkan sindiket dadah di utara Mexico, semalam.

Pegawai berusia antara 30 dan 48 tahun itu dipaksa keluar dari rumah masing-masing ketika waktu subuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata, menurut Benito Caballero, Datuk Bandar Monterrey, kepada pemberita hari ini. Mengikut mayat yang dijumpai menunjukkan terdapat kesan mereka dipukul dan kasari sebelum dibunuh.

Mayat mereka kemudian dilonggokan di sebuah kawasan dengan satu kertas bahawa ia dilakukan oleh sekumpulan penjanayah.

Caballero juga berkata, tiga remaja juga maut dibunuh kumpulan samseng yang juga anggota rangkaian dadah di Monterrey, semalam. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain