suria

Tiga Kereta Api Bertembung Ragut 11 Nyawa di Mexico

CULIACAN (Mexico): Tiga kereta api bertindih antara satu sama lain, di mana satu daripadanya membawa pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen, dalam satu kemalangan di barat laut Mexico, Selasa (waktu tempatan).

Kemalangan di stesen bandar El Fuerte di daerah Sinaloa itu meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa manakala empat yang lain disahkan cedera.

“11 mangsa terbunuh termasuk seorang mekanik, manakala empat yang lain cedera,” kata ketua pertahanan sivil Sinaloa, Miguel Diaz. Beliau berkata satu daripada kereta api terbabit datang dari arah barat bandar Guadalajara, dan mengalami masalah brek yang gagal berfungsi sebelum merempuh ke arah dua kereta api lain.

Ketika ini, 300 petugas penyelamat berada di kawasan berlakunya kemalangan, dengan membabitkan 75 gerabak.

Sekurang-kurangnya, Diaz berkata tiga lagi mangsa terperangkap di bawah serpihan dan masih belum dapat disahkan sama ada mereka masih hidup. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain