Pakar Bedah Kelahiran Malaysia Mohon Ikat Jamin Kes Kematian Dua Wanita - Dunia | mStar

Pakar Bedah Kelahiran Malaysia Mohon Ikat Jamin Kes Kematian Dua Wanita

MELBOURNE: Sebuah mahkamah Sydney diberitahu bahawa pertuduhan terhadap bekas pakar bedah kelahiran Malaysia yang didakwa bertanggungjawab dalam kematian dua wanita akibat dadah di pangsapuri mewah miliknya berdepan dengan "rintangan besar".

Akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan bahawa Suresh Surendranath Nair, yang pernah bertugas di Nepean Hospital di Sydney, dituduh membunuh pelajar Brazil Suellen Domingues Zuapa, 22, yang meninggal dunia selepas didakwa mendapat bekalan kokain daripadanya pada November.

Nair juga dituduh membunuh Victoria McIntyre, 23, yang juga meninggal dunia akibat keracunan kokain selepas berparti dengan pakar bedah itu tujuh bulan sebelumnya.

SMH berkata pada perbicaraan permohonan ikat jamin itu, mahkamah Agung diberitahu bahawa pihak pendakwa akan mengemukakan hujah bahawa Nair bertanggungjawab atas kematian dua wanita itu kerana membekalkan dadah berkenaan atau "membantu dan mendorong" mereka mengggunakannya.

Peguam Peter Hamill SC yang mewakili Nair berkata pihak pendakwa akan berdepan dengan masalah besar untuk membuktikan tuduhan itu.

"Kami akan kemukakan hujah dengan jelas dan kami rasa pihak pendakwa akan menghadapi rintangan besar untuk membuktikan bahawa satu pembunuhan telah berlaku akibat tindakan yang melanggar undang-undang dan berbahaya," katanya.

Hamill mengkritik polis kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengumpul bukti tentang tuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya.

Sebelum ini, Nair telah dibenarkan ikat jamin tetapi didapati melanggar syarat ketat yang dikenakan bagi tujuan itu selepas dia ditangkap kerana berseronok-seronok dengan teman sosial sambil mengambil kokain.

Mahkamah diberitahu bahawa pakar bedah itu telah keluar dari Sydney Clinic, sebuah hospital swasta tempatnya mendapatkan rawatan secara sukarela selepas dia dikenakan pertuduhan itu.

Perbicaraan kes ini ditangguhkan ke akhir bulan ini bagi membolehkan pasukan peguam yang membela Nair mengemukakan hujah seterusnya dan mendapatkan kemudahan rawatan yang sesuai, sekiranya Nair dibenarkan ikat jamin kelak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Singapura Tenggelam

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain