suria

Gempa Bumi Kuat Di Pulau Andaman

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat pada magnitud 6.7 skala Richter melanda Kepulauan Andaman pada pukul 3.51 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak di 139 kilometer Tenggara Port Blair, India dan 852 kilometer dari barat laut Langkawi, Kedah.

Tiada amaran ancaman tsunami kepada Malaysia ekoran gempa itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain