suria

Arab Saudi Minat Import Gandum Australia

MELBOURNE: Satu delegasi Arab Saudi akan melawat Australia Barat (WA) pada minggu ini untuk meningkatkan pengimportan gandum, demikian menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Jabatan pertanian WA berkata Menteri Pertanian dan Makanan Terry Redman telah menjemput pengimport tunggal negara itu, Pertubuhan Pergudangan dan Pengilang Tepung Gandum untuk melawat Australia.

Redman, yang telah melakukan lawatan perdagangan ke Arab Saudi pada tahun lepas, berkata wujud potensi besar bagi WA untuk menjadi pembekal gandum ke negara itu.

"Arab Saudi kini memberi fokus kepada keselamatan airnya dan sedang menghentikan pengeluaran gandum secara pengairan."

"Sebaliknya, Arab Saudi akan bergantung kepada pengimportan gandum untuk memenuhi permintaan 2.5 juta tan metrik gandum setahun. Mereka memerlukan 6.0 juta tan metrik bijirin setahun," kata kata Redman, yang dipetik AAP.

Katanya Jabatan WA dan Perbadanan Penyelidikan dan Pembangunan Bijirin Kerajaan Persekutuan sedang melakukan penyelidikan mengenaim keperluan pembuatan roti dan reroti arab Saudi.

Delegasi Arab Saudi akan memeriksa rantaian bekalan gandum WA, yang termasuk operasi pengurusan bijirin, pelabuhan dan pembuatan reroti. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain