Pusat Beli Belah Tanah Abang Runtuh - Dunia | mStar

Pusat Beli Belah Tanah Abang Runtuh

JAKARTA: Dua orang terbunuh dan berbelas lagi dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tambahan di pusat membeli belah pasar borong tekstil Tanah Abang di sini pagi ini, yang turut menjadi destinasi berbelanja yang popular bagi rakyat Malaysia.

Memandangkan pusat membeli belah itu popular dalam kalangan pelancong dan peniaga dari Malaysia, Kedutaan Malaysia di sini turut memantau kerja mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Sehingga tengah hari ini, belum ada maklumat sama ada terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 pagi pagi tadi.

Tinjauan mendapati beberapa orang mangsa yang tertimbus telah dapat dikeluarkan dari runtuhan bangunan tambahan itu dan kerja menyelamat masih dijalankan oleh puluhan petugas dengan dibantu oleh orang ramai, termasuk dengan menggunakan gergaji besi dan mengalihkan serpihan konkrit.

Belum ada laporan rasmi mengenai kejadian runtuhan itu tetapi beberapa pekerja binaan di situ berkata yang runtuh ialah tambahan bangunan yang sedang dibina yang mereka sebut hendak dijadikan tandas awam. Berita selanjutnya akan menyusul. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain