suria

Umat Islam Malaysia Di India Rai Aidiladha

NEW DELHI: Sebagaimana tuntutan ajaran Islam, umat Islam Malaysia yang berada di sini menyambut Aidiladha dengan menunaikan solat sunat hari raya dan kemudiannya melakukan ibadah korban untuk diagihagihkan kepada golongan kurang bernasib baik di bandar raya ini.

Kira-kira 20 keluarga terdiri daripada diplomat Malaysia dan ekspatriat berkumpul di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini meraikan hari raya korban atau yang lebih dikenali sebagai EidalAdha di India. "Meskipun jauh daripada kampung halaman, kami umat Islam Malaysia di Delhi menunaikan amalan agama seperti yang lazim dilakukan. Kami akan menyembelih 10 ekor kerbau untuk ibadah korban dan empat lagi didermakan kepada rumah anak-anak yatim di luar Delhi.

"Dagingdaging korban ini akan diagihagihkan kepada madrasah dan rumahrumah anak yatim di sekitar bandar raya ini, seperti tahuntahun yang lepas, kata Che Azemi Haron, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India kepada Bernama hari ini.

Sementara itu di India, yang mempunyai sejumlah 150 juta umat Islam, hari raya korban diraikan di seluruh pelosok negara dengan penuh ritual keagamaan.

Perdana Menteri Dr Manmohan Singh menyampaikan ucap selamat hari mulia itu dengan satu perutusan khas.

"Sambutan Aidiladha diraikan dengan semangat pengorbanan dan persaudaraan. Pada perayaan ini, saya ingin menyampaikan ucap selamat kepada rakyat dan berharap semangat tidak mementingkan diri dalam Eiduladha dapat menyatupadukan seluruh rakyat India," katanya dalam perutusan khas itu. Di Jammu dan Kashmir, dua negeri yang majoriti penduduknya beragama Islam, suasana sambutan perayaan itu sama meriahnya.

"Kemuncak sambutan hari raya tertumpu ke masjidmasjid dengan menunaikan solat sunat hari raya dan kesempatan cuti umum itu diluangkan untuk bersama-sama dengan orang tersayang sebagai tanda kasih sayang dan hormat antara satu sama lain.

"Amalan ibadah korban kambing biribiri atau kambing dilakukan selepas solat hari raya," demikian menurut laporan akhbar Kashmir Observer. BERNAMA

Artikel Lain