suria

Para Menteri APEC Bincang Banyak Isu Strategik

SINGAPURA: Mesyuarat Kerjasama Ekonomi AsiaPasifik (APEC) ke20, yang memasuki hari ketiga hari ini bermula dengan begitu bersemangat, menyaksikan para pegawai dari 21 ekonomi menderaf laporan untuk mesyuarat peringkat menteri yang akan diadakan dalam tempoh dua hari ini.

Mesyuarat Peringkat Menteri Apec (AMM) akan bermula esok dan Mesyuarat Menteri Kewangan Apec yang ke16 (FMM) pada hari Khamis.

Untuk AMM, Malaysia akan diwakili oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Luar Negeri Senator Kohilan Pillay Appu, dan bagi FMM oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mendahului agenda AMM ialah isuisu strategik bagaimana menguruskan krisis pasca-ekonomi dan bersedia untuk pemulihan, mengintegrasi ekonomi rantau dan menjalin pertumbuhan inklusif dan mampan serta keselamatan insan.

Turut menjadi perhatian di kalangan ekonomi Apec ialah komitmen setiap orang mengekang dari semua bentuk perlindungan dan membiarkan pasaran mereka terbuka memandangkan langkahlangkah perlindungan terarah untuk mewujudkan rantaian reaksi dan seterusnya memanjangkan lagi proses pemulihan.

Di Kuala Lumpur semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata yang keutamaan Malaysia ialah membuka pasaran kerana ini boleh membantu mempermudahkan perdagangan global untuk berkembang dan meningkatkan aliran pelaburan di rantau ini.

Malaysia akan memberi penekanan perlunya untuk mencapai penyelesaian awal dan berjaya perundingan Pusingan Doha kerana ini boleh menyediakan momentum untuk pertumbuhan ekonomi global, kata kementerian itu.

Malaysia juga akan berkongsi kejayaannya dalam melaksanakan beberapa langkah bukan konvensional untuk mengurangkan kesan kelembapan ekonomi global semasa mesyuarat FMM.

Bagi meraikan ulang tahun ke20 Apec, satu simposium anjuran Institut Kajian Asia Tenggara dengan kerjasama Kementerian Luar Singapura akan diadakan di luar acara mesyuarat hari ini.

Simposium itu akan bertemakan "20 Tahun dalam Sejarah: Menghapuskan Halangan, Menghubungkan Rantau dan Dunia".

Ahli panel untuk simposium itu termasuklah beberapa menteri dan pegawai semasa Apec, serta bekas personaliti Apec yang terlibat dalam pembentukan perkumpulan itu.

Dalam pada itu, tuan rumah Singapura hari ini mengambil peluang untuk mengetengahkan kepada media antarabangsa yang berkampung di pusat media di Suntec dengan kulinari/masakan yang akan dijamu kepada para pemimpin Apec semasa berlangsungnya Mesyuarat Ketuaketua Ekonomi Apec pada Sabtu dan Ahad ini.

Penganjur telah menggabungkan chef terkenal tempatan untuk menghasilkan masakan istimewa yang mencerminkan keunikan budaya China, India, Melayu dan Peranakan Singapura. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain