suria

Malaysia, Uzbekistan adakan mesyuarat tingkat perdagangan

DUBAI: Malaysia dan Uzbekistan barubaru ini mengadakan mesyuarat jawatankuasa perdagangan bersama (JTC) kedua mereka di Tashkent di mana perbincangan menumpukan kepada cara-cara untuk meningkatkan kerjasama perdagangan antara keduadua negara.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Abdul Rahman Mamat, manakala Uzbekistan diketuai Nasriddin Najimov, yang merupakan timbalan menteri hubungan ekonomi asing, pelaburan dan perdagangan pertama.

Mereka membincangkan kemungkinan kerjasama dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, penggalakan perdagangan dan pelaburan dan penganjuran pameran dan forum perniagaan, demikian menurut satu kenyataan daripada pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Dubai.

Kedua-dua pihak juga menyasar bahagian kerjasama berpotensi lain seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan, pelancongan, teknologi komunikasi maklumat serta perkhidmatan perundingan perniagaan. Selain itu, Malaysia turut meninjau peluang dalam makanan kesihatan, produk makanan laut, minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, produk berasaskan koko dan buahbuahan diproses. Bahagianbahagian lain termasuk farmaseutikal, kosmetik dan nutraseutikal serta perkhidmatan logistik.

Semasa mesyuarat pada 20 Oktober, Malaysia juga mencadangkan untuk menganjurkan forum perniagaan mengenai peluang perdagangan dan pelaburan di kedua-dua negara.

Mesyuarat JTC pertama antara Malaysia dan Uzbekistan diadakan di Kuala Lumpur pada 2005. BERNAMA

Artikel Lain