suria

Malaysia, New Zealand akan tentukan tarikh bagi laksana FTA

KUALA LUMPUR: Malaysia dan New Zealand sedang berusaha untuk menentukan tarikh paling awal yang mungkin untuk melaksanakan perjanjian perdagangan bebas masingmasing (FTA), sebaik-baiknya menjelang tahun depan.

Malaysia berharap pelaksaan FTA itu akan menyediakan banyak rangsangan bagi dipadankan dengan sektor swasta keduadua negara, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Di dalam satu kenyataan, katanya perkara itu dibincangkan semasa Menteri Perdagangan New Zealand Tim Groser mengunjungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed semalam.

Selain FTA Malaysia-New Zealand, kedua-dua menteri itu turut bertukar-tukar pandangan mengenai FTA Asean-Australia-New Zealand, Asean dan integrasi serantau, perkembangan di dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), ekonomi Malaysia dan Bajet 2020.

FTA MalaysiaNew Zealand telah ditandatangani di sini Isnin.

Bidang utama perjanjian dua hala itu ialah perdagangan barangan, kerjasama kastam, langkah membetulkan perdagangan, perdagangan perkhidmatan, pergerakan pelaburan seseorang, harta intelek, kerjasama ekonomi dan penyelesaian pertikaian.

FTA AseanAustraliaNew Zealand akan dilaksanakan pada 1 Januari, 2010, dan Malaysia mengalu-alukan cadangan New Zealand untuk berusaha secara kerjasama dengan Asean, kata MITI.

"Malaysia sentiasa menerima cadangan yang bertujuan untuk menjalin hubungan dua hala dan serantau bagi menyediakan satu persekitaran yang membolehkan dan mesra perniagaan bagi sektor swasta," katanya.

Malaysia, seperti New Zealand, terus komited terhadap usaha memuktamadkan rundingan Pusingan Doha, kata MITI.

"Langkah memuktamadkan perundingan Doha akan menyediakan manfaat segera terhadap perdagangan dunia, melalui pembukaan pasaran dan pengurangan di segi halangan perdagangan," katanya.

MITI juga menyatakan bahawa keduadua menteri itu turut menekankan bahawa halangan perdagangan atau dasar perlindungan perlu dielakkan.

"Pasaran domestik Malaysia dan New Zealand secara relatifnya kecil. Dalam hubungan ini perniagaan di kedua-dua negara perlu menyandarkan kepada kekuatan masing-masing dan menimbangkan untuk dilakukan usahasama dan perkongsian bijak bagi membuka peluang, yang bukan bukan di kedua-dua negara malah juga di negara ketiga," katanya. BERNAMA

Artikel Lain