suria

Perdana Menteri Australia berlepas untuk mesyuarat Asean di Thailand

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia Kevin Rudd berlepas ke Thailand dari Canberra pagi ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur pada Ahad.

Sidang kemuncak di kawasan peranginan pantai Chaam dan Hua Hin itu akan menghimpunkan pemimpin 10 negara ASEAN serta Australia, New Zealand, Jepun, China, Korea Selatan dan India.

Perbincangan ketuaketua negara itu akan menumpukan kepada isu kerjasama kewangan dan ekonomi setelah rantau keluar dari kelembapan ekonomi.

Mereka juga akan membincangkan isu perubahan iklim, mendahului persidangan di Copenhagen pada Disember, dan bagaimana untuk menangani bencana alam dengan cara yang lebih baik setelah kejadian gempa bumi di Sumatera dan taufan Ketsana.

Rudd juga akan mengadakan beberapa pertemuan di luar acara sidang kemuncak itu, termasuk perbincangan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain