Kawasan perdagangan bebas berada di landasan yang betul - Dunia | mStar

Kawasan perdagangan bebas berada di landasan yang betul

HUA HIN: Sepuluh negara Asia Tenggara menegaskan bahawa pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 1 Jan, 2010, berada di landasan yang betul, meskipun terdapat prasangka terhadap komitmen sesetengah anggota untuk mengurangkan tarif bagi produk pertanian utama.

Dalam satu kenyataan pengerusi yang dikeluarkan di Sidang Kemuncak Asean Ke15, di sini, hari ini, para pemimpin berkata menjelang 1 Jan, semua tarif bagi produk dalam Senarai Kemasukan CEPT enam penandatangan asal kepada Perjanjian CEPT itu akan dihapuskan bagi perdagangan sesama Asean.

Ini menyumbang kepada 87.2 peratus daripada jumlah import sesama Asean manakala baki anggota Asean yang lain juga tidak jauh ketinggalan apabila 98.86 peratus daripada produk mereka mempunyai tarif dalam sifar hingga lima peratus.

"Pelaksanaan efektif pencapaian utama dalam AFTA ini mempercepatkan lagi usaha ke arah pembentukan Komuniti Ekonomi Asean di mana aliran masuk bebas barangan merupakan satu daripada objektif utama," kata kenyataan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu.

Thailand, pengeksport beras terbesar dunia mengancam ia tidak akan menandatangani liberalisasi Afta bagi perdagangan beras tahun depan sekiranya Filipina tidak mengimport sekurangkurangnya 360,000 tan metrik beras, bebas tarif, setiap tahun dari Thailand.

Manila, yang mengkategorikan beras sebagai "barangan paling sensitif" komited untuk mengurangkan duti importnya daripada 40 peratus kepada 35 peratus menjelang 2015, dan hanya bersedia untuk mengimport 50,000 tan metrik pada tarif sifar bebas.

Malaysia dan Indonesia akan mengurangkan tarif masingmasing kepada 20 peratus dan 25 peratus.

Para pemimpin juga berkata mereka berharap dapat melihat pelaksanaan Perdagangan Asean dalam Perjanjian Barangan dan menggesa negara anggota menyelesaikan perbezaan dengan segera. BERNAMA

Artikel Sebelum

Jemaah haji terharu lawat Bukit Uhud

Artikel Berikut

Malaysia dilantik Timbalan Pengerusi Unesco

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain