suria

Rombongan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

MADINAH: Rombongan pertama jemaah haji Malaysia seramai 450 orang selamat tiba di sini pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia) Selasa.

Ketibaan mereka di Terminal Haji di sini disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Prof Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad AlSaggaf dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamaruddin Mat Ali.

Syed Omar menasihati jemaah haji supaya sentiasa menjaga kesihatan dan jangan terlalu memaksa diri melakukan ibadah sunat sehingga tidak berupaya melakukan ibadah wajib.

"Ada sesetengah jemaah haji melakukan umrah berkali-kali sehingga apabila tiba musim haji mereka tidak berupaya melakukan yang wajib kerana sakit," katanya.

Beliau berkata jemaah haji hendaklah berpadapada dalam melakukan ibadah dan mengikut kemampuan masingmasing, serta sentiasa mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh para petugas Tabung Haji.

Setelah selesai pemeriksaan Imigresen, para jemaah haji itu dibawa dengan bas khas ke hotel penginapan mereka tidak jauh dari Masjid Nabawi. BERNAMA

Artikel Lain