suria

Asia Tenggara boleh jadi destinasi tumpuan kapal persiaran

SINGAPURA: Asia Tenggara boleh menjadi destinasi tumpuan kapal persiaran seperti di Mediterranean atau Caribbean sekiranya peserta industri dapat menyelaraskan usaha mereka untuk membawa masuk trafik kapal persiaran ke rantau ini, demikian persidangan kapal persiaran antarabangsa diberitahu hari ini.

Menteri Negara bagi Perdagangan dan Industri dan Pendidikan Singapura, S. Iswaran berkata rantau ini telahpun mempunyai rangkaian marina yang baik kerana banyak negara telahpun mempunyai kapasiti limbungan yang baik untuk kapal-kapal persiaran ini berlabuh.

Beliau berkata apa yang diperlukan ialah sokongan daripada peserta industri untuk membangun dan mengekalkan tawaran marin liburan di rantau ini bagi meningkatkan kedatangan kapal persiaran ke Singapura dan rantau ini.

Beliau berkata demikian di perasmian Persidangan Kapal Persiaran Asia Pertama bertemakan "Transforming Asia into a Sustainable Superyacht Building and Cruising Destination" yang berlangsung selama dua hari di One 15 Marina Club di Sentosa Cove, di sini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain