Perbincangan iklim Bangkok tamat tanpa kemajuan bagi isu utama - Dunia | mStar

Perbincangan iklim Bangkok tamat tanpa kemajuan bagi isu utama

BANGKOK: Rundingan perubahan iklim Bangkok selama dua minggu berakhir hari ini dengan sedikit kemajuan dibuat berhubung isu kewangan dan sasaran pengurangan pelepasan untuk penggal pertengahan bagi negara-negara perindustrian.

Setiausaha Eksekutif Kerangka Konvensyen terhadap Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) Yvo de Boer berkata mesyuarat itu menghasilkan kemajuan mengenai penyesuaian, pemindahan teknologi dan pembinaan sahsiah.

Katanya perwakilan dari lebih 180 negara juga mencapai persetujuan berhubung isu teknikal seperti penggunaan tanah dan hutan, cara untuk menilai potensi pemanasan global gas rumah hijau dan beberapa pilihan bagi mengukuhkan Mekanisme Pembangunan Bersih bagi Protokol Tokyo.

Bagaimanapun, hanya sedikit kemajuan dicapai berhubung isu kewangan dan sasaran pengurangan pelepasan penggal pertengahan bagi negara-negara perindustrian.

"Masih kurang jelas berhubung isu kewangan yang memerlukan negara-negara membangun mengambil tindakan tambahan bagi mengehadkan pertumbuhan pelepasan dan menyesuaikannya dengan kesan yang tidak dapat dielakkan mengenai perubahan iklim," katanya pada akhir perbincangan.

Perbincangan di sini akan diikuti dengan persidangan lima hari pra Copenhagen di Barcelona mulai 2 hingga 6 Nov sebelum persidangan Perubahan Iklim PBB di ibu negara Denmark mulai 7 hingga 18 Disember.

Rundingan Bangkok menyaksikan negara-negara membangun di bawah payung kumpulan G77 dengan China, India dan Brazil sebagai peneraju, yang mahu mengekalkan Protokol Kyoto dan menentang usaha 42 negara maju untuk menyingkirkannya.

Mereka berharap untuk menambah Protokol Tokyo, dengan tempoh komitmen kedua selepas tempoh permulaan, yang bermula pada 2008, dan berakhir 2012, tetapi negaranegara membangun sedang berusaha menyingkirkan perjanjian Kyoto dan berunding semula satu perjanjian baru.

Protokol Tokyo, yang diterima pakai pada 1997 dan dikuatkuasa pada 2005, menggariskan sasaran yang ditetapkan ke atas 37 negara perindustrian dan komuniti Eropah untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG), yang jumlah puratanya lima peratus berbanding tahap pada 1990, merangkumi tempoh lima tahun dari 2008 kepada 2012.

Boer berkata ia masih kurang jelas dalam isu kewangan yang memerlukan negara-negara membangun untuk mengambil tindakan tambahan bagi mengehadkan pertumbuhan pelepasan dan menyesuaikannya dengan kesan yang tidak dapat dielakkan dalam perubahan iklim.

"Contoh yang baik berhubung dengan apa yang dapat dilakukan negara-negara perindustrian bagi meningkatkan tahap cita-cita mereka dalam konteks perjanjian antarabangsa di Copenhagen ialah mengenai penolakan sasaran pengurangan pelepasan 40 peratus yang diumumkan di Norway hari ini," kata seorang pegawai tertinggi PBB mengenai perubahan iklim. BERNAMA

Artikel Sebelum

Nelly Fartima terkandas di kampung suami

Artikel Berikut

Polis Indonesia tembak mati dua pengganas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain