suria

Bakal PM Jepun umum barisan Kabinet utama pada Isnin

TOKYO: Bakal Perdana Menteri Jepun dijangka akan mengumumkan calon-calon bagi jawatan Kabinet utama pada Isnin, demikian menurut pegawai parti.

Media Jepun pada hujung minggu lalu melaporkan, Ketua Parti Demokratik Jepun, Yukio Hatoyama yang memenangi pilihan raya umum negara itu bulan lalu dijangka akan melantik orang nombor duanya, Katsuya Okada sebagai Menteri Luar.

Menurut pegawai parti, Hatoyama akan mengumumkan keputusannya pada Isnin namun enggan memberikan maklumat lanjut.

Agensi Berita Kyodo melaporkan, Hatoyama kemungkinan akan mendedahkan senarai anggota bagi jawatan Kabinet utama pada mesyuarat pemimpin tinggi parti itu, lewat Isnin.

Hatoyama dijangka akan memegang jawatan utama selepas Parti Demokratik Jepun memilih Perdana Menteri baru 16 September ini.--AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain