suria

PM ucap takziah kepada Presiden Indonesia atas tragedi gempa bumi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyampaikan rasa dukacita dan takziah Malaysia kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atas tragedi gempa bumi di Indonesia.

"Sesungguhnya saya dan rakyat Malaysia juga merasakan kesedihan rakyat Republik Indonesia yang telah kehilangan nyawa, kecederaan manusia dan kemusnahan harta benda dalam tragedi itu," kata Perdana Menteri dalam surat kepada pemimpin Indonesia itu.

"Ianya lebih menyayat hati memandangkan tragedi ini berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh barokah ini," tambah Najib dalam surat yang salinannya dihantar kepada Bernama.

Najib percaya dengan kepimpinan Presiden Susilo, rakyat Indonesia pasti akan dapat mengatasi kesukaran dan secepat mungkin memulihkan kehidupan seperti biasa dan membina semula ekonomi.

Perdana Menteri juga mengucapkan syabas kepada jentera tenaga Indonesia atas tindakan pantas meringankan penderitaan mangsamangsa gempa bumi dan membolehkan mereka memulakan kehidupan baru.

Dalam gempa bumi itu yang melanda Tasik Malaya di Jawa Barat dua hari lepas, lebih 50 terkorban selain kecederaan manusia dan kemusnahan harta benda. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain