Unodc tampil manual anti pemerdagangan manusia baru - Dunia | mStar

Unodc tampil manual anti pemerdagangan manusia baru

DUBAI: Pejabat Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (Unodc) melancarkan manual baru yang disasar untuk menangani sebarang kelemahan yang terdapat di peringkat pengamal undang-undang jenayah, dalam usaha mencegah dan memerangi kegiatan pemerdagangan manusia.

Manual baru itu dilihat muncul pada masa yang kritikal, ketika ekonomi dunia yang tidak menentu kini menyebabkan lebih ramai yang terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia ini, kata Pengarah Pejabat Untuk Memantau dan Memerangi Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika, Luis CdeBaca pada majlis pelancaran dokumen itu di Bangkok.

"Manual Anti Pemerdagangan Manusia bagi Pengamal Undang-undang Jenayah" itu menerangkan mengenai langkahlangkah yang boleh diambil di setiap fasa dalam tindak balas perundangan terhadap jenayah pemerdagangan manusia, di samping menjadi panduan praktikal serta bahan latihan buat pengamal undang-undang jenayah," kata Unodc.

Dengan merujuk kepada laporan pada bulan Februari 2009, badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berkata walaupun jumlah sabitan kes-kes jenayah pemerdagangan manusia semakin meningkat, namun ia tidak dapat menandingi jumlah peningkatan jenayah itu secara keseluruhan.

Badan itu berkata antara masalah yang membataskan jumlah sabitan dalam keskes ini ialah kurangnya unudang-undang anti pemerdagangan manusia di sesetengah negara, ketidakupayaan menterjemah aspek perundangan jenayah ini kepada tindakan-tindakan tegas oleh pegawai penguatkuasa, tanggapan salah apabila menyamakan pemerdagangan manusia dengan migrasi haram, serta keengganan mangsa untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa akibat diugut.

"Manual ini menampilkan respons kepada cabarancabaran ini dalam usaha menjayakan sabitan terhadap pesalah jenayah pemerdagangan manusia," kata Unodc.

Antara lain ia menampilkan pengalaman sebenar lebih 45 hakim, pendakwa, penyiasat, ahli akademik dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia, yang membentuk satu kumpulan pakar menghasilkan manual itu.

CdeBaca dilantik sebagai Pengarah Pejabat Untuk Memantau dan Memerangi Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika oleh Presiden Barack Obama pada bulan Mei lepas. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain