Keputusan tidak rasmi: Parti Demokratik kuasai Parlimen - Dunia | mStar

Keputusan tidak rasmi: Parti Demokratik kuasai Parlimen

GEMBIRA... Pemimpin Parti Demokratik,  parti pembangkang utama Jepun, Ichiro Ozawa kelihatan gembira ketika kertas-kertas undi sedang dikira manakala media meramalkan kemenangan besar bagi pihaknya. AP
GEMBIRA... Pemimpin Parti Demokratik, parti pembangkang utama Jepun, Ichiro Ozawa kelihatan gembira ketika kertas-kertas undi sedang dikira manakala media meramalkan kemenangan besar bagi pihaknya. AP

TOKYO: Stesen televisyen NHK melaporkan parti pembangkang - Parti Demokratik sedang menuju untuk mencatatkan kemenangan selesa - dijangka memperoleh 300 atau lebih daripada 480 kerusi Parlimen.

Ia berdasarkan tinjauan umum di kalangan mereka yang telah mengundi hari ini.

Perkembangan itu sekali gus menamatkan penguasaan Parti Demokratik Liberal (LDP) selama lebih 50 tahun.

Pengundian ditutup pukul 8 malam tadi waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia).

Undi sedang dikira.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung LDP, Hiroyuki Hosoda berkata, beliau dan dua pegawai kanan parti itu akan menyerahkan surat letak jawatan kepada Perdana Menteri Taro Aso yang juga presiden parti itu.

Keputusan itu diumumkan ketika media melaporkan pembangkang berada dalam kedudukan kukuh untuk mencatatkan kemenangan selesa.

Aso pula berkata, pihaknya menerima kekalahan dengan mengesahkan akan meletakkan jawatan Presiden LDP.

Pada sidang media yang disiarkan ke seluruh negara, Aso menambah, kekalahan itu sangat "teruk" dan beliau harus memikul tanggungjawab atas prestasi buruk kali ini. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain