suria

Malaysia yakin maju di bawah Najib

MELBOURNE: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Datuk Salman Ahmad memberi jaminan kepada rakyat Australia bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh dan cukup berkeyakinan yang mampu memberi manfaat kepada negara.

"Landskap politik mungkin telah berubah, tetapi kerajaan kini 'kembali bertenaga' selepas peralihan kuasa dari perdana menteri sebelumnya kepada Datuk Seri Najib," kata Salman pada majlis jamuan gala di Adelaide malam tadi bersempena sambutan ulang tahun ke52 kemerdekaan Malaysia.

Majlis dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Australia Malaysia (AMBC), Chapter South Australia (As) diketuai presidennya Sathish Dasan.

"Dengan pengalaman 33 tahun dalam kerajaan, memegang pelbagai jawatan menteri, Datuk Seri Najib amat sesuai memegang jawatan Perdana Menteri.

"Dasardasar akan kekal, sementara beberapa perubahan asas diperkenalkan demi menjadikan Malaysia kekal sebagai destinasi menarik pelaburan". Salman berkata kerajaan Malaysia siap sedia untuk "membawa negara keluar dari sangkar pendapatan menengah kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020".

"Dengan melonggarkan beberapa peraturan, kami percaya ini akan mengangkat kedudukan nilai Malaysia sebagai tempat untuk menjalankan bisnes dan pelaburan".

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 250 jemputan termasuk Attorney General South Australia dan Menteri Hal Ehwal Pelbagai Budaya Michael Atkinson; Lieutenant Governor SA, Hieu Van Le; bekas gabenor Sir Eric Neal dan Timbalan Ketua Pembangkang Steven Griffiths.

Salman turut mengucapkan terima kasih kepada South Australia kerana membuka pintunya kepada pelajarpelajar Malaysia sejak zaman Rancangan Colombo lagi.

"South Australia terkenal dengan pusat pengajiannya dan sentiasa terkedepan dalam mendidik remaja Malaysia dan kami berterima kasih atas hal ini," kata Salman.

Beliau berkata kerjasama dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan Australia telah bertukar bentuk dari pendermapenerima kepada rakan bijak dengan pewujudan program kembar dan penubuhan kampus cawangan universiti Australia di Malaysia.

Beliau berkata terdapat kirakira 20,000 pelajar Malaysia di Australia, kirakira 3,000 daripadanya di South Australia. BERNAMA

Artikel Lain