suria

Malaysia anggap hukuman Suu Kyi 'keputusan mengecewakan'

KUALA LUMPUR: Malaysia menyifatkan hukuman terhadap pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi hari ini sebagai satu "keputusan yang dikesalkan" dan ia akan berbincang dengan rakan Asean mengenai perkembangan itu.

"Malaysia amat kecewa dengan keputusan untuk meletakkan Aung San Suu Kyi di bawah tanahan di rumah selama 18 bulan," kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman dalam kenyataan di sini.

"Sehubungan itu, Malaysia akan mengambil tindakan segera untuk mengadakan perbincangan di kalangan anggota negara Asean bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkembangan ini," katanya.

Anifah mengulangi permintaan kepada kerajaan Myanmar untuk membebaskan semua tahanan politik termasuk Suu Kyi bagi membolehkan mereka mengambil bahagian pada pilihan raya tahun depan.

"Kerajaan Myanmar perlu menunjukkan komitmennya ke arah perdamaian negara dan proses demokrasi bagi melaksanakan pelan perdamaian demokrasinya," katanya.

Hukuman terhadap Suu Kyi semalam dilanjutkan selama 18 bulan kerana melanggar syaratsyarat penahanan di rumah selepas seorang lelaki rakyat Amerika berenang merentasi sebuah tasik untuk memasuki rumah beliau pada Mei. BERNAMA

Artikel Lain