Ketua baru Harimau Tamil ditahan di Malaysia? - Dunia | mStar

Ketua baru Harimau Tamil ditahan di Malaysia?

COLOMBO: Seorang penyeludup senjata yang dikehendaki kerajaan Sri Lanka, yang baru-baru ini mengambil alih kepimpinan kumpulan pemisah Harimau Tamil, telah ditahan di sebuah negara asing.

Laporan media asing menyebut dia ditahan di Thailand manakala maklumat lain menyebut dia ditahan di Malaysia.

Bagaimanapun pihak berkuasa Thailand yang dipetik AFP menafikan lelaki tersebut, Selvarasa Pathmanathan ditahan di negara itu.

Sebaliknya kerajaan Thailand menegaskan, Selvarasa ditahan di Kuala Lumpur kelmarin.

Jurucakap kerajaan Thailand, Panitan Wattanayagorn berkata, pihaknya mempunyai pengesahan risikan bahawa Selvarasa yang turut dikenali sebagai "K.P ditahan di Kuala Lumpur malam kelmarin dan dia telah dibawa ke Sri Lanka melalui lapangan terbang Bangkok."

Pengarah Penerangan kerajaan Sri Lanka, Anusha Pelpita pula berkata, Selvarasa ditahan semalam.

Laporan media Sri Lanka juga melaporkan bahawa dia ditahan di Thailand.

Selvarasa menjadi buruan Interpol kerana menyeludup senjata bagi kumpulan Harimau Tamil.

Dia mengambil alih kepimpinan sebagai ketua kumpulan pemisah itu selepas Velupillai Prabhakaran ditumpaskan dalam tindakan ketenteraan Mei lalu.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau tiada maklumat mengenai penahanan sedemikian.

"Saya tidak tahu mengenai perkara itu," kata Musa kepada AFP.

Jurucakap tentera Sri Lanka, Brig. Udaya Nanayakkara berkata, Selvarasa yang "ditahan di luar negara sedang disoal siasat oleh pihaknya buat masa sekarang di negara ini."

Bagaimanapun beliau tidak memberi maklumat lanjut termasuk di mana dia ditahan. Agensi

Artikel Sebelum

Suspek pakar bom Noordin diberkas

Artikel Berikut

A(H1N1): Dua lagi kematian di Singapura

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR