suria

KPU isytihar Susilo menang tapi dua lawan tidak terima

MENANG... Presiden Indonesia, Susilo Bambang menyampaikan ucapannya selepas beliau diisytiharkan sebagai Presiden Indonesia yang kelima selepas memenangi pilihan raya presiden Indonesia semalam. Foto AP.
MENANG... Presiden Indonesia, Susilo Bambang menyampaikan ucapannya selepas beliau diisytiharkan sebagai Presiden Indonesia yang kelima selepas memenangi pilihan raya presiden Indonesia semalam. Foto AP.
MENANG... Presiden Indonesia, Susilo Bambang menyampaikan ucapannya selepas beliau diisytiharkan sebagai Presiden Indonesia yang kelima selepas memenangi pilihan raya presiden Indonesia semalam. Foto AP.

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan pasangannya Boediono diisytiharkan pemenang dalam Pilihan Raya Presiden (PILPRES) Indonesia bagi penggal 20092014 oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU) di sini pada Sabtu.

KPU mengumumkan bahawa SusiloBoediono memperoleh undi terbanyak iaitu 73.87 juta atau 60.80 peratus undi, namun keputusan itu segera dibantah dua pasangan calon lawannya, Megawati SoekarnoputriPrabowo Subianto dan Jusuf KallaWiranto.

MegawatiPrabowo mendapat 32.55 juta undi atau 26.79 peratus dan JusufWiranto meraih 15.08 juta undi atau 12.41 peratus.

Majlis pengumuman yang berlangsung dalam kawalan ketat pasukan keselamatan di sekitar bangunan KPU di Jalan Imam Bonjol di sini, dihadiri oleh SusiloBoediono dan JusufWiranto tetapi MegawatiPrabowo tidak hadir dan hanya diwakili oleh pasukan kempen nasionalnya.

Jurucakap kubu MegawatiPrabowo, Gayus Lumbuun memberitahu pemberita selepas pengumuman itu bahawa mereka menolak keputusan PILPRES itu yang diumumkan oleh Ketua KPU Abdul Hafiz Anshary yang menyerahkan salinan laporan keputusan itu kepada setiap pasangan calon.

Keputusan akhir itu merupakan hasil penjumlahan undi yang dijalankan KPU yang menerimanya dari pusatpusat pengundian di semua 33 wilayah di seluruh Indonesia setelah pengundian dijalankan pada 8 Julai. Gayus, yang tidak mahu menerima salinan laporan keputusan itu, berkata mereka menolak keputusan itu dan mendakwa banyak penipuan berlaku pada pengundian termasuk daftar pemilih yang bermasalah.

Katanya kubu MegawatiPrabowo akan membawa kes itu ke Mahkamah Konstitusi Indonesia. Pasangan JusufWiranto, walaupun hadir pada majlis pengumuman oleh KPU, turut tidak menandatangani salinan laporan keputusan itu dan akan mempertikaikan kes itu di Mahkamah Konstitusi.

"Yang pasti kita akan mengajukan ke Mahkamah Konstitusi beberapa masalah yang sudah disenaraikan oleh pasukan kempen nasional iaitu masalah daftar pemilih tetap," kata wakil pasangan itu, Burhanuddin Napitulu.

Sementara itu agensi berita Antara melaporkan bahawa Mahkamah Konstitusi Indonesia hari ini sudah membuka pendaftaran bagi "Perselisihan Hasil Pemilihan Umum Presiden dan Naib Presiden 2009".

Ketua Biro Pentadbiran Kes dan Persidangan Mahkamah Konstitusi, Kasianur Sidauruk berkata pendaftaran itu dibuka sebaik KPU mengumumkan keputusan PILPRES itu. Mahkamah siap menerima bantahan berhubung keputusan calon presiden dan naib presiden dalam tempoh 72 jam ini," katanya.

Daripada sejumlah lebih 176 juta pengundi, menurut KPU undi yang sah ialah sebanyak 121.5 juta dan undi tidak sah sebanyak 6.48 juta.

Kemenangan SusiloBoediono sebanyak 60.80 peratus undi itu dengan penguasaan undi jauh melebihi 20 peratus di lebih daripada separuh jumlah wilayah, seharusnya sudah membolehkan mereka dengan mudah dilantik sebagai Presiden dan Naib Presiden untuk tempoh 20092014 pada Oktober ini, tanpa perlu dijalankan PILPRES pusingan kedua. Namun ada laporan sebelum ini menyebut Megawati sebagai mendakwa bahawa SusiloBoediono sebenarnya hanya mendapat sekitar 47 peratus undi (di bawah 51 peratus yang disyaratkan oleh undang-undang) dan seharusnya PILPRES berlangsung dua pusingan antara beliau dengan Susilo. BERNAMA

Artikel Lain