suria

Iraq diletakkan bawah pengawasan Matrade Dubai

DUBAI: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Dubai memandang Iraq sebagai pasaran yang berpotensi bagi produk dan perkhidmatan Malaysia, yang sekaligus menyifatkan pasaran negara itu perlu diberi perhatian syarikat Malaysia.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia Dzulkifli Mahmud berkata ini kerana Iraq sedang menjalani usaha penstabilan dan pembinaan semula berikutan mengalami kehancuran selepas peperangan.

"Banyak usaha pembinaan semula sedang dilaksanakan di Iraq, yang menyediakan peluang bagi penglibatan syarikat Malaysian, termasuk perbekalan sesetengah produk kita ke Iraq," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Dzulkifli berkata Matrade akan mengenal pasti potensi rakan perdagangan di Iraq yang boleh dijalin perniagaan dengan syarikat Malaysia.

Di dalam perkembangan lain, Dzulkifli berkata pejabat Matrade di Iran akan dibuka pada 1 Ogos.

"Ia menunjukkan kepentingan pasaran Parsi kepada kita," katanya mengenai Iran yang mempunyai penduduk lebih 70 juta orang.

Dzulkifli mendedahkan bahawa hampir 30 syarikat Malaysia telah mendaftar untuk mengambil bahagian di dalam Pameran Industri Antarabangsa Tehran dari 6-9 Oktober di ibu negara Iran, Tehran.

Menurutnya, jenama Malaysia diterima baik di Iran kerana ia mwenawarklan nilai bagi wang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain