suria

Pilihanraya Presiden tidak mengghairahkan Amien Rais

JAKARTA: Suasana politik menjelang pemilihan langsung presiden Indonesia 2009 oleh kira-kira 171 juta pengundi berdaftar tidak mengghairahkan kerana tidak menawarkan hal-hal baru dan berwawasan jauh, kata seorang tokoh politik senior Amien Rais.

Amien dari Parti Amanat Nasional (PAN) berkata yang disuguhkan kepada rakyat "hanya pernyataan yang tidak memberikan perspektif".

Beliau berkata calon presiden dan naib presiden hanya saling menonjolkan prestasi, padahal mereka seharusnya lebih berorientasi ke masa depan berbanding terlena dengan kejayaan yang lepas.

"Berikan perspektif lebih segar. Lakukan kempen yang lebih 'future oriented' (berorientasikan masa depan)," kata Amien seperti dipetik agensi berita Antara di Batam, Isnin.

Beliau berkata dengan menjelaskan wawasan dan orientasi masa depan, masyarakat akan lebih mampu memilih pemimpin terbaik untuk negara berpenduduk 230 juta orang ini.

Beliau mahu mereka, sama ada pasangan Susilo Bambang YudhoyonoBoediono, MegawatiPrabowo dan Jusuf KallaWiranto, memaparkan antara lain gagasan Indonesia dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pertahanan dan keselamatan.

Pengundi berdaftar di Indonesia pada 8 Julai akan memilih presiden dan naib presiden bagi tempoh 20092014, yang dijangka ramai terpaksa dilakukan dalam dua pusingan kerana dikatakan tidak ada satu pasangan pun yang akan mendapat sokongan majoriti yang jelas dalam pusingan pertama. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain