suria

Penyokong anti-kerajaan ditembak mati

TEHRAN: Seorang penyokong anti-kerajaan ditembak mati sementara beberapa orang awam cedera dalam satu pertempuran membantah pelantikan semula Presiden Mahmoud Ahmadinejad di Tehran semalam.

Penganalisis politik antarabangs mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh pada pembangkang ketika proses pilihan raya negara itu berlangsung, dan Presiden AS Barack Obama berkata beliau "amat risau" dengan insiden tersebut.

Seorang jurugambar Iran yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa kejadian yang tidak diingini itu bermula pusat penempatan militan Basij dibakar. Penyokong anti-kerajaan yang terbunuh itu mati akibat ditembak di kepala.

Ketika kejadian, pihak tentera yang memakai pakaian biasa melepaskan tembakan kepada orang ramai dari atas bumbung kem berkenaan.

Jurugambar berkenaan berkata penyokong anti-kerajaan itu mati akibat terkena beberapa tembakan di kepala.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain